Penghasilan dan sintesis Hidrogen sianida

Hidrogen sianida terhasil dalam jumlah yang terhad daripada pelbagai gabungan karbon, hidrogen dan ammonia. Kini, hidrogen sianida dihasilkan dalam jumlah yang banyak melalui beberapa proses. Ia juga adalah bahan buangan daripada penghasilan akrilonitril yang dipulihkan.[6] Pada tahun 2006, kira-kira 500 juta ke 1 bilion paun bahan ini telah dihasilkan di Amerika Syarikat.[13]

Proses yang paling penting ialah proses pengoksidaan Andrussow yang telah dicipta oleh Leonid Andrussow di IG Farben di mana metana dan ammonia bertindak balas dalam kewujudan oksigen pada suhu 1200 °C di atas mangkin platinum:[14]

2 CH4 + 2 NH3 + 3 O2 → 2 HCN + 6 H2O

Tenaga yang diperlukan untuk tindak balas ini dibekalkan oleh pengoksidaan separa metana dan ammonia.

Proses lain yang kurang kepentingannya ialah proses Degussa (proses BMA) di mana tidak ada oksigen yang ditambah dan tenaga perlu disalurkan secara tidak terus melalui dinding reaktor:[15]

CH4 + NH3 → HCN + 3H2

Tindak balas ini adalah hampir serupa dengan pembentukan semula stim, iaitu tindak balas antara metana dan air untuk menghasilkan karbon monoksida dan hidrogen.

Dalam proses Shawinigan, hidrokarbon (misalnya propana) ditindakbalaskan dengan ammonia.

Di dalam makmal, sejumlah kecil HCN dihasilkan melalui penambahan asid kepada garam sianida logam alkali:

H+ + NaCN → HCN + Na+

Tindak balas ini kadang kala menyebabkan keracunan secara tidak sengaja kerana asid ini menukarkan garam sianida yang tidak berbahaya kepada HCN dalam bentuk gas.

Rujukan

WikiPedia: Hidrogen sianida http://www.allbusiness.com/north-america/canada/37... http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.748.h... http://books.google.com/books?id=TvMnWtQKnlAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=fC5EAAAAcAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=m9s3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=uJs5AAAAcAAJ&pg=P... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=C%2... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k110315k/f40.... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k35505/f242 http://cfpub.epa.gov/iursearch/2006_iur_companyinf...